April 9, 2015

Terrible Experiences with Bertam Properties

Would like to share a series of bad experiences with this developer called Bertam Properties.
Saya membeli sebuah DSSD house dengan depa ini dan telah mendapat kunci pada minggu kedua Dec 2014 - well ahead of the scheduled completion in Feb 2015. Was impressed initially.
Jadi macam biasa, dah dapat kunci, pi lah tgk rumah...dan catatkan segala defect yang ada. Tgk punya tgk, adalah dlm 25-30 defect...ada yang major (sliding door tak leh kunci), ada gak la yang minor. OK la..xpa...biasa la defect2 ni bila beli rumah baru.

Pi lah hantaq defect form ni kat office Bertam, pada keesokkan hari. Jumpa la sorang staf dia ni nama H***a*...muka nampak cool & beriman. Katanya dalam 4 minggu boleh siap lah segala defect. Minggu ke-3, pi balik rumah, tgk apa depa dah buat...takat pasanag kepala paip kat bahagian dapoq saja (kepala paip asai tu depa dah ilangkan). Defect2 lain...tetap status quo. Call la balik mamat muka"beriman" ini...katanya bagi masa lagi...kontraktor x sempat2 buat lagi (dasar pemaju Ali Baba...kerja pembaikan bagi kontraktor lain...tp xdak penyeliaan pun) Siap suro aku lak kontek Kontraktor tu...nama Salizan ka apa ntah....kol2 bukan jawab pun..

Minggu ke-5, pi lah tgk lagi....satu haram x buat. Kol balik mamat muka "beriman" kata nak ambik balik kunci, pasai nak pasang grille & habaq dah kecewa dengan Bertam Prop sebab daripada 20+ defect tu, baru buat dalam 10....selepas 5 MINGGU!!! Dia pn kata, xpa..en boleh buat aduan kat CEO,Dato Roslan.

Aku malas nak panjangkan cerita, carry on la dengan kerja2 pemasangan grille (NI satu lagi cakap putar alam oleh Bumi so-called-muslim contractor)...I wont go into details of this :(

Sementara tu, 2/3/15 aku dah mula attachment kat IJN...jadi x leh la kerap nak ke Bertam ni.. Al-kisahnya, 29.3.15...pi lah tgk rumah kat Bertam (masa tu dok balik cuti seminggu). Nak tgk la apa macam finishing Bumi so-called Muslim contractors ni.. Macam hampeh gak...pasang grille, payah nak bukak..tempat kunci & tebing grille tu letak cukup punya rapat. Sampah satu haram x clear. Tapi duit dah minta awai lagi...masa keja x siap lagi pun.. haih..kata "ana Muslim" tapi mutu kerja & cakap x serupa bikin...macam.....(malas nak sambung) Buat malu saja..

OK back to topik asai...climax kekecewaan aku dengan Bertam Properties ni... P naik tingkat atas..tgk siling ruang tamu atas..abih lencun. Ayaq dok mencurah ntah brapa hari dah...abis lantai terrazo terkopek skali pasai ayaq dok bertakung. Pi la call PIC bahagian defect ni. Kol sorang..."saya cuti hari ini". Sorang lagi...7x x jawab fon. LAst kali jawab la sorang "ana Muslim" gak..nama A***..."hari ini Ahad, x leh mai tengok, sok baru bole" Aku pn,,,OK la jumpa sok.

Soknya pi lah Bertam skali lagi...depa pn mai la dalam 9.30am. Kontraktor nama Khairul pun mai skali. Tgk2 punya tgk...rupanya tangki atas bocor. Janjinya petang tu gak plumber akan mai..repair tangki & pastu akan tukar siling & lantai terrazo tu dalam tempoh 1-2 minggu.

Seminggu berlalu. Mak & kak aku pi tengok, siling & tangki dah ok la...tapi lantai tak terusik lagi. Kol la mamat nam A*** ni...dia kata, "saya pun x pasti apa dah buat setakat ini" Tu supervisor bahagian defect untuk Bertam Properties, claims to be a Muslim..tapi langsung xdak rasa tanggungjawab. Gaji bulan2 on time...apa yang masuk dalam perut...pikiaq la sendiri!
Aku pun...OK...fine...mintak la tolong percepatkan sebab nak move in dah ni.. Bole2 dia jawab, "en x bole kata dah 4 bulan, sebab tangki bocor & siling runtuh & lantai terkopek ni baru jadi" Mmg macam HA-RO-MEEM!
Terus aku kol PA CEO, mtk appt nak jmpa CEO. PA dia nama Norlela lak kata, dia akan mtk customer service contact balik dan ni dah hari kedua..aku masih menunggu panggilan balas daripada Customer Service.

Bad quality of work, bad service & terrible people working here. The worst part is they call themselves Muslims. Hope ALLAH puts some insight into them and hope they will be responsible in their jobs and work towards making their "hard-earned" money truly halal.

Wallhu 'Alam

Ni lah kesan selepas air yang bergenang telah dilap kering

Siling terkopek kesan daripada limpahan air

April 4, 2015

Fenomena Gerhana Bulan

Semalam berlaku gerhana bulan penuh yang dilaporkan telah dapat disaksikan di Malaysia. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah berkenaan anjuran Islam untuk kita adakan SOLAH SUNAH GERHANA. Ini menyebabkan saya terfikir, kejadian gerhana2 ini...yang kian kerap kebelakangan ini, pasti ada sebab musabab & rahsia unik disebaliknya. Memang benar ia adalah suatu petanda kekuasaan ALLAH; namun saya kira pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin kita ketahui daripada peristiwa sebegini...cuma mungkin aqal kita terbatas untuk memikirkan lebih jauh.


Semalam juga merupakan kali pertama saya berpeluang menyertai solah sunah gerhana serta khutbah. Saya langsung terlupa akan solah ini dan hanya teringat apabila tiba di Surau Al-Falah, Danau Kota. Di sini saya letakkan link tentang kaifiat solah ini : SOLAH SUNAH GERHANA.

Saya juga tergerak untuk membaca lebih lanjut mengenai fenomena ini dan mendapati web ini agak informatif : INFO ON ECLIPSE.

Seterusnya satu hadith daripada kitab Al-Lu'Lu; Wal Marjan...daripada bab Solah Gerhana

"Abdullah bin Abbas berkata; Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mendirikan solah.Baginda berdiri terlalu lama, setara waktu membaca surah Al-Baqoroh. Lalu ruku' dengan ruku' yang lama; seraya mengangkat kepala dan berdiri lama, namun tidak selama yang pertama.
Kemudian Rasulullah ruku' kembali dengan ruku' yang lama, namun tidak selama ruku' yang pertama; kemudian sujud. 
Kemudian Rasulullah berdiri kembali waktu yang lama, namun tidak selama yang pertama. Lalu ruku' lama, namun tidak selama yang pertama. Lalu mengangkat kepala dan berdiri lama, namun tidak selama yang pertama.
Kemudian Rasulullah ruku' kembali dengan ruku' yang lama, namaun tidak selama yang pertama dan kemudia sujud. Kemudian baginda selesai solah sementara matahari tampak kembali. Baginda bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda2 kebesaran ALLAH. Gerhana terjadi nukan kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihatnya, banyaklah mengingati ALLAH.

Ada sahabah bertanya; Wahai Rasulullah kami melihat anda hendak meraih sesuatu di tempat anda itu. Kami juga melihat anda menahan ketakutan.
Rasulullah menjawab, "Sungguh aku melihat syurga, lalu aku hendak meraih setandan anggur. Seandainya aku dapat meraihnya, pastikalian akan memakannya selama dunia masih ada. Kemudian aku melihat neraka; aku belum pernah melihat suatu pemandangan yang mengerikan dibanding itu. Dan aku melihat kebanyakan penghuninya wanita."

Sahabah bertanya lagi, "Mengapa begitu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab :Kerana mereka berbuat kufur (ingkar)"
Sahabah : " Apakah mereka kufur pada ALLAH?"
Rasulullah : "Mereka mengingkari pemberian suami dan mengingkari kebaikannya. Seandainya kamu bernuat kebaikan kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa,lalu ia melihat sedikit saja keburukan darimu maka ia akan mengatakan. "tidak pernah aku melihat kebaikan darimu sedikit pun"

_HR Bukhari & Muslim_

FYI, Kitab Lu'Lu' Wal MArjan is a book which compiles hadis recorded by Bukhari as well as Muslim; hence THE MOST authentic hadis book we have. 

Ada beberapa lagi hadis berkenaan Gerhana ini, namun atas kekanagan ruang dan masa, saya tidak memuatkannya di sini.

Wallahu 'Alam

Credits to : alfalakonline & jabatan hal-ehwal agama Terengganu